Monday, April 12, 2010

Oh panasnya cuaca....


Hari demi hari, cuaca di sekeliling semakin panas, semua orang mengeluh dan memperkatakannya. Apabila pagi di selubungi kabus tebal, sudah pasti cuaca disiang hari akan menjadi terlalu panas. Kadang-kadang hati ini tertanya-tanya adakah Allah murka terhadap umatnya maka diperturunkan bala dalam bentuk cuaca yang panas agar umatnya berfikir dan balik ke pangkal jalan. Malangnya manusia lebih percaya kepada saintis yang menyatakan ozon semakin nipis. Mungkin itu benar dari segi saintifik nya tetapi kita sebagai umat islam perlu melihatnya dalam konteks yang lebih jauh. Umat Muhammad s.a.w terlalu alpa dan lalai. Saban hari terpampang didada akhbar, artikel-artikel yang menyentuh hati kecil kita, bayi dan janin yang tidak berdosa dibuang ditepi longkang, kedalam tong sampah, sungai malah ada yang dibakar. Mereka dilahirkan kedunia ini untuk menikmati dunia ciptaan Illahi tetapi hak mereka telah dinafikan. Kenapa manusia terlalu zalim, mereka seolah-olah berada dizaman jahilliah. Mereka binatang bertopengkan manusia. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Di era 60an dan 70an dulu, datuk, nenek dan ibu bapa amat mementingkan disiplin dan senantaisa memerhatikan gerak geri dan tingkah laku anak-anak mereka. Apabila keluar bermain atau berjalan-jalan, mereka dikehendaki pulang sebelum maghrib, sekiranya engkar mereka akan dirotan apabila pulang. Dengan disiplin yang ketat dan pengawasan rapi kita dapati mereka membesar menjadi manusia yang berguna, tiada pembuangan bayi, tiada bohsia, dan tidak ada penyalahgunaan dadah. Masyarakat perlu duduk dan berfikir sejenak, dan cuba membuat analisa sendiri, apa yang boleh dilakukan bagi membendung gezala yang tidak sehat ini. Masalah ini ada hubungkait dengan kita semua kerana bala dari Allah bukan hanya diberikan kepada orang yang melakukan kesalahan tersebut tetapi kepada masyarakat di kawasan itu. Bahang panas kita rasai bersama....renung-renungkanlah.

No comments:

Post a Comment