Monday, March 22, 2010

Bila Hati Mudah Terasa

Mengenali sesaorang adalah sesuatu yang indah dalam diri ini, mungkin jua kerana aku hanya dikelilingi oleh orang-orang tertentu sahaja, orang yang rapat dengan ku , terfikir juga adakah aku memilih kawan. Jawapannya tidak sekali , aku senang didekati, happy go lucky , senantisa ketawa.


Mungkinkah masa mencemburui diri ini, menyebabkan aku banyak menghabiskan masa ku di pejabat dan di rumah sahaja, jarang sekali aku aku keluar berseronok saperti orang lain. Sekiranya aku mengenali kenalan baru, aku senantisa berhati-hati agar hati kecil ini tidak akan terguris. Aku akan menganalisa sendiri keikhlasan orang itu, gerak geri dan tutur kata, kerana silap haribulan bakal meyusuk jiwa. Sensitif sangatkah aku. Persoalan yang sukar di leraikan.